04 September 2016

8 TIPS KECANTIKAN DARI DAPUR QYIENA BEAUTY & SPA

MADU 
Madu secara semulajadi berupaya menarik kelembapan dari udara ke dalam kulit, jadi ia memberikan penghidratan yang tahan lama. Ciri-ciri antibakteria dan anti-radang yang ada pada madu membantu mengurangkan kemunculan parut dengan regenerasi sel-sel tisu. Anda juga boleh menggunakan madu dalam mask rambut anda untuk menambah sinar kepada rambut kusam.
          AIS BATU 
 
Urut muka dengan kiub ais selepas pembersihan dan sebelum memakai mekap agar liang roma kurang kelihatan. Anda harus gosokkan kiub ais dalam gerakan menaik dan ke luar. Ketulan ais juga merupakan penawar yang baik untuk keradangan yang disebabkan oleh jerawat.

YOGURT 

Yogurt memusnahkan pelbagai bakteria, kulat dan kuman yang menyebabkan jerawat. Ia juga boleh melawan radikal bebas dan dikatakan mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang melambatkan kemunculan kedutan, sambil mengekalkan keanjalan muka anda. Yogurt yang diletakkan pada rambut pula membantu merangsang pertumbuhan rambut kerana ia bertindak sebagai pembersih semulajadi dan membantu menghilangkan kelemumur. Manfaat anti-bakteria juga membantu mengurangkan masalah gatal kulit kepala.


MINYAK KELAPA 


Minyak kelapa berkuasa dalam menangani masalah tangan kering. Letakkan sedikit selepas mencuci pinggan mangkuk untuk menjaga kelembapan tangan anda. Kehabisan krim pencukur? Sapukan minyak kelapa dan bercukur. Selain itu ia juga boleh melembapkan kaki anda! Adakah anda tahu bahawa minyak kelapa juga boleh menanggalkan solekan kalis air? Minyak ini membantu menaggalkan pigmen dalam mekap dan meninggalkan muka anda terhidrat.


GULA
 Selain menambah kemanisan pada makanan dan minuman anda, gula juga boleh menjadi bahan pengelupasan lembut. Tambahkan gula pada pembersih muka atau badan anda dan ia akan membantu membuang sel kulit mati. Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat skrub DIY anda sendiri menggunakan minyak pati, minyak zaitun dan gula.


KOPI
 
Tambahkan kopi pada mask rambut anda untuk memberikan rambut yang lebih bersinar. Serbuk kopi juga boleh digunakan sebagai skrub untuk mengurangkan selulit pada badan.

LEMON
 

Lemon mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat penyelesaian yang sempurna untuk jerawat dan bintik hitam. Jus lemon juga membantu merawat masalah kulit berminyak, mencerahkan tona kulit dan juga memutihkan gigi anda.


TEA  
Tidak mahu berbelanja besar pada produk penjagaan kulit? Uncang teh boleh digunakan untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata anda. Selain itu, gunakan teh hijau sebagai toner untuk membantu menyegar dan menegangkan kulit anda.





03 September 2016

QYIENA BEAUTY SPA KAMI DATANG KE RUMAH ANDA

Assalamualaikum.... Selamat pagi semua.. "TOO CUTE!!!
MOBILE SPA PARTIES" 

Sape yg x suke benda cute?? cute?? Kan..kan..sumeee sukee...😍😍😍
Lebih2 lagi.....

√SERVIS MUDAH √SERVIS JIMAT MASA√SERVIS DRIVE THRU √SERVIS CEPAT √SERVIS YANG TIP TOP

Hah, itulah konsep #Qyienahomespa.. Kami terus PECUT KE RUMAH ANDA membawakan servis SPA sampai DEPAN PINTU RUMAH ANDA..🏡🏡 So,jgn lepaskan peluang..Peluang Tidak Akan Datang Bergolek2.👣👣
Masa Tidak Akan Menunggu..Nanti menyesal.... 😭😭
         
         SAKINAH
🌸Pengurus Qyiena Beauty & Spa 
🌸Your Mobile Beautician 💋 Contact : 0163620553

02 September 2016

BODY SCRUB QYIENA BEAUTY & SPA

Hari ini nak share sikit pasal kebaikan scrub atau lulur badan. Sapa suka buat scrub. Best kan?? Scrub atau lulur badan ni dah sebahagian dari rutin penjagaan badan. Walau sibuk macam mana pun tetap kena sental sekejap... Kalau tak dapat buat sendiri pun takpa...bole booking slot spa dengan kami Best lulur badan ni. Selalunya buat sendiri sahaja di rumah pon bole tapi yang xbesnya xdapat sental seluruh badann.. tapi bila booking slot dgn kami insya Allah kami kan sental badan anda bagi bersih, lembut, lepas scrub. badan rasa lebih segar, bersih dan mulus..

So jom kita baca apa kebaikan scrub badan ni..

Kebaikan Lulur/Scrub

🌸Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah. 
🌸Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan. 
🌸Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak. 
🌸Mengurangkan tekanan & keletihan. 
🌸Mengekalkan tenaga. 
🌸Menghindarkan bau badan dan peluh berbau. 
🌸Memperbaiki tekstur kulit. 
🌸Mengurangkan dehidrasi 
🌸Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori. 
🌸Mengembalikan warna kulit supaya sekata. 
🌸Menghilangkan warna kulit berbelang. 
🌸Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari. 
🌸Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap. 
🌸Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Body Scrub Qyiena Beauty & Spa
best kan? rasa macam nak ber Spa sekarang tak? Jom booking slot dengan kami 📲 whatsap 0163620553 kami datang ke rumah anda 🏡🏡🏡🚙🚙🚙#QyienaHomeSpa #Homespa #homespamelaka#Spabergerak#spadeliverytou #areamelaka #melaka #singlepakage #facial#pakagejimat #murahsahaja #murahgila #murahmurah #alhamdulillah#syukur #custemer #melaka #melaka #melaka

01 September 2016

5 PERKARA YANG BERLAKU BILA ANDA TIDUR DENGAN WAJAH BERMEKAP



Penat atau malas, itu dua alasan yang mungkin selalu digunakan oleh mana-mana perempuan yang selalu tertidur dengan mekap masih di muka. . Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek? Percayalah tiada satu pun manfaat selain anda rasa anda tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Meh baca apa akan terjadi..

==> KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.

==> BAKTERIA TERPERANGKAP
Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam..

==> IRITASI MATA
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul.

==> BULU MATA GUGUR
Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…! 

==> BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering. #Tipskecantikan #Tipsqyienabeautyspa#Qyienabeautyspabergerak

28 August 2016

NAIKKAN AURA PENGANTIN DENGAN MANDIAN AURA SERI QYIENA BEAUTY SPA


Aura Seri Pengantin Qyiena Beauty Spa
Qyiena Beauty Spa sentiasa teliti dan fokus dalam memberikan terbaik untuk bakal pengantin yang akan menginjak ke status "berkahwin" tak lama lagi. Antara keistimewaan Qyiena Beauty Spa ialah mandian bunga yang menyegarkan. Proses membuat mandian bunga untuk menaikkan aura seri pengantin sememangnya mengambil masa yang lama dan penuh teliti.
Mandian Aura Seri Pengantin Qyiena Beauty Spa menggabungkan molekul bunga dan aura tubuh agar dapat memberikan ransangan yang unik dalam mengembalikan kesegaran, keindahan dan keserian wajah seseorang. Khasiat bunga yang diadun di dalam mandian menyerap ke dalam tubuh badan.
Mandian bunga dengan tambahan elemen-elemen istimewa atau rahsia dari Qyiena Beauty Spa membuatkan badan terasa lebih segar, harum dan wangi yang akan melekat dalam beberapa jangka waktu yang agak lama. Selain mampu meningkatkan seri wajah si pengantin, minda juga akan terasa tenang dan tekanan juga berkurangan.
Selalunya pelanggan yang melanggan perkhidmatan ini sangat gembira dengan bau, kesegaran dan hasil mandian tersebut. Kerana mandian bunga ini juga turut melibatkan elemen ayat-ayat Al-Quran dan Selawat sepenuhnya dari awal sehingga akhir proses, ia dipercayai mampu untuk mengurangkan dan merawat penyakit yang berpunca daripada sihir atau makhluk halus. Wallahualam.
Mandian Aura seri pengantin mempunyai elemen istimewa yang membuatkan seseorang itu menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi. Gabungan beberapa elemen lain turut membuatkan sang pengamal terasa badannya lembut dan wangi, disamping menyucikan dalaman, menaikkan seri pada seseorang serta membuatkan seseorang itu mudah untuk didekati atau disayangi. Insyaallah.
Semuanya atas izin Allah semata. Diingatkan mandian ini hanyalah satu rawatan alternatif yang hasilnya adalah hanya atas izin Allah juga. Kepada bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, anda boleh mencuba melanggan pakej Qyiena Beauty Spa yang berpatutan dan memuaskan. Sila berhubung dengan Cik qyiena untuk maklumat lanjut.
Seperti yang diketahui, Qyiena Beauty Spa kini menerima permintaan pelanggan untuk melakukan perkhidmatan di lokasi pelanggan atau rumah pelanggan. Ini sebagai salah satu option sekiranya anda merasakan lebih selesa untuk melakukan aktiviti spa dan sauna di rumah sendiri :)
 Antara pakage yang kami sediakan ialah:
Pakage Aura Seri Pengantin 1 Qyiena Beauty Spa
Pakage Aura Seri Pengantin 2 Qyiena Beauty Spa
Pakage Aura Seri Pengantin 3  Qyiena Beauty Spa
Pakage Aura Seri Pengantin 4  Qyiena Beauty Spa

Untuk booking slot Qyiena Beauty Spa sila whatsap kami
ditalian 016-3620553 (Cik Qyiena)



26 August 2016

KEBAIKAN AMALKAN RUTIN MENGURUT UNTUK KECANTIKAN WANITA




1) Melancarkan perjalanan darah :

Apabila seseorang wanita itu rajin berurut, perjalanan darah di dalam tubuhnya akan menjadi lebih lancar. Sama juga halnya dengan sistem perkumuhan iaitu pembuangan air besar, air kecil dan peluh. Semua ini juga akan menjadi lebih lancar. Perlu anda ketahui, apabila perjalanan darah di dalam tubuh menjadi lancar, seri kecantikan semulajadi itu akan terpancar dengan sendirinya.

2) Menenangkan perasaan dan mengurangkan tekanan:

Siapa kata kesihatan emosi tidak penting untuk kecantikan? Walaupun anda mempunyai wajah dan penampilan yang menarik, belum tentu ianya akan terserlah jika kesihatan emosi anda terganggu. Sebenarnya urutan yang dilakukan secara konsisten membantu menghilangkan tekanan tidak kira pada fizikal mahupun mental.

3) Mencantikkan kulit tubuh dan wajah :

Seperti yang anda ketahui, urutan memerlukan minyak. Kebanyakan orang menggunakan minyak kelapa untuk tujuan melancarkan kerja-kerja urutan sahaja. Daripada menggunakan minyak kelapa yang mempunyai satu fungsi, ada baiknya kita berurut dengan minyak halia. Selain melancarkan urutan, khasiatnya juga mampu membuang angin-angin yang terperangkap di dalam tubuh. Minyak yang digunakan ini mampu meresap jauh ke dalam liang-liang roma kulit. Sifat minyak yang panas memudahkan pembukaan liang roma untuk menjadi lebih besar lagi. Secara tidak langsung, ia memudahkan proses penyingkiran sebarang kekotoran yang terperangkap di dalam kulit.

4) Membuang toksin

Urutan juga diyakini mampu mengeluarkan toksin yang berkumpul di belah permukaan kulit.

5) Membantu mencantikkan kulit bahagian luar

Jika suplemen yang anda makan membantu menyihatkan kesihatan dalam tubuh, urutan pula bertindak sebaliknya. Minyak aromaterapi yang digunakan untuk berurut mampu menyihatkan kulit bahagian luar. Jika ia dijadikan kebiasaan, kulit akan menjadi lebih sihat, tegang dan cantik.

Semakin usia meningkat, urat-urat di dalam badan tidak aktif seperti usia muda. Apabila urat menjadi pasif perjalanan darah tidak lancar dan tenaga juga tidak kuat seperti dulu. Dengan mengamalkan rutin berurut, urat-urat dalam tubuh dapat dibangkitkan. Dengan ini, seri kecantikan akan terpancar dari dalam apabila perjalanan darah di dalam tubuh akhirnya berfungsi dengan betul.

Warga wanita melaka jom booking slot urutan bersama Qyiena Beauty & Spa bole terus whatsap kami ditalian 0163620553 sekarang! Berspa hanya di rumah anda sahaja tidak perlu penat keluar rumah kami datang kedepan pintu rumah anda 

25 August 2016

PROMO MERDEKA SPA DAYS!!!


Ingin manjakan badan semperna cuti hari kemerdekaan?? jom dapatkan TAWARAN HEBAT Qyiena Beauty & Spa hanya dengan serendah RM100 sahaja anda akan dapat servis BODY MASSAGE + BODY SCRUB (FREE EAR CANDLE) ehh murahnyaa??? 
YES semestinya hanya utk pelangan2 kami!!! Servis datang hingga ke depan pintu rumah anda lagi tau..semua peralatan & bahan kami bawa anda hanya perlu booking, tunggu & buat rawatan sahaja..Jgn lepaskan peluang 📲Whatsap kami segera ditalian 0163620553 sekarang sebelum tamat OFFER & FULLBOK.. Dah ramai WANITA melaka, muar,tangkak & tampin yang telah berpuas hati dengan servis kami anda bila lagi????

SPECIAL PROMO MERDEKA SPA DAYS UNTUK WARGA MELAKA

SPA DELIVERY TO YOU🏡🏡🚙🚙 Servis ini hanya untuk PEREMPUAN sahaja 👩👩

SILA LIKE PAGE BERIKUT 
https://www.facebook.com/Qyienabeautyspamelaka/#