04 September 2016

8 TIPS KECANTIKAN DARI DAPUR QYIENA BEAUTY & SPA

MADU 
Madu secara semulajadi berupaya menarik kelembapan dari udara ke dalam kulit, jadi ia memberikan penghidratan yang tahan lama. Ciri-ciri antibakteria dan anti-radang yang ada pada madu membantu mengurangkan kemunculan parut dengan regenerasi sel-sel tisu. Anda juga boleh menggunakan madu dalam mask rambut anda untuk menambah sinar kepada rambut kusam.
          AIS BATU 
 
Urut muka dengan kiub ais selepas pembersihan dan sebelum memakai mekap agar liang roma kurang kelihatan. Anda harus gosokkan kiub ais dalam gerakan menaik dan ke luar. Ketulan ais juga merupakan penawar yang baik untuk keradangan yang disebabkan oleh jerawat.

YOGURT 

Yogurt memusnahkan pelbagai bakteria, kulat dan kuman yang menyebabkan jerawat. Ia juga boleh melawan radikal bebas dan dikatakan mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang melambatkan kemunculan kedutan, sambil mengekalkan keanjalan muka anda. Yogurt yang diletakkan pada rambut pula membantu merangsang pertumbuhan rambut kerana ia bertindak sebagai pembersih semulajadi dan membantu menghilangkan kelemumur. Manfaat anti-bakteria juga membantu mengurangkan masalah gatal kulit kepala.


MINYAK KELAPA 


Minyak kelapa berkuasa dalam menangani masalah tangan kering. Letakkan sedikit selepas mencuci pinggan mangkuk untuk menjaga kelembapan tangan anda. Kehabisan krim pencukur? Sapukan minyak kelapa dan bercukur. Selain itu ia juga boleh melembapkan kaki anda! Adakah anda tahu bahawa minyak kelapa juga boleh menanggalkan solekan kalis air? Minyak ini membantu menaggalkan pigmen dalam mekap dan meninggalkan muka anda terhidrat.


GULA
 Selain menambah kemanisan pada makanan dan minuman anda, gula juga boleh menjadi bahan pengelupasan lembut. Tambahkan gula pada pembersih muka atau badan anda dan ia akan membantu membuang sel kulit mati. Sebagai alternatif, anda juga boleh membuat skrub DIY anda sendiri menggunakan minyak pati, minyak zaitun dan gula.


KOPI
 
Tambahkan kopi pada mask rambut anda untuk memberikan rambut yang lebih bersinar. Serbuk kopi juga boleh digunakan sebagai skrub untuk mengurangkan selulit pada badan.

LEMON
 

Lemon mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat penyelesaian yang sempurna untuk jerawat dan bintik hitam. Jus lemon juga membantu merawat masalah kulit berminyak, mencerahkan tona kulit dan juga memutihkan gigi anda.


TEA  
Tidak mahu berbelanja besar pada produk penjagaan kulit? Uncang teh boleh digunakan untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata anda. Selain itu, gunakan teh hijau sebagai toner untuk membantu menyegar dan menegangkan kulit anda.





03 September 2016

QYIENA BEAUTY SPA KAMI DATANG KE RUMAH ANDA

Assalamualaikum.... Selamat pagi semua.. "TOO CUTE!!!
MOBILE SPA PARTIES" 

Sape yg x suke benda cute?? cute?? Kan..kan..sumeee sukee...😍😍😍
Lebih2 lagi.....

√SERVIS MUDAH √SERVIS JIMAT MASA√SERVIS DRIVE THRU √SERVIS CEPAT √SERVIS YANG TIP TOP

Hah, itulah konsep #Qyienahomespa.. Kami terus PECUT KE RUMAH ANDA membawakan servis SPA sampai DEPAN PINTU RUMAH ANDA..🏡🏡 So,jgn lepaskan peluang..Peluang Tidak Akan Datang Bergolek2.👣👣
Masa Tidak Akan Menunggu..Nanti menyesal.... 😭😭
         
         SAKINAH
🌸Pengurus Qyiena Beauty & Spa 
🌸Your Mobile Beautician 💋 Contact : 0163620553

02 September 2016

BODY SCRUB QYIENA BEAUTY & SPA

Hari ini nak share sikit pasal kebaikan scrub atau lulur badan. Sapa suka buat scrub. Best kan?? Scrub atau lulur badan ni dah sebahagian dari rutin penjagaan badan. Walau sibuk macam mana pun tetap kena sental sekejap... Kalau tak dapat buat sendiri pun takpa...bole booking slot spa dengan kami Best lulur badan ni. Selalunya buat sendiri sahaja di rumah pon bole tapi yang xbesnya xdapat sental seluruh badann.. tapi bila booking slot dgn kami insya Allah kami kan sental badan anda bagi bersih, lembut, lepas scrub. badan rasa lebih segar, bersih dan mulus..

So jom kita baca apa kebaikan scrub badan ni..

Kebaikan Lulur/Scrub

🌸Menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah. 
🌸Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan. 
🌸Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak. 
🌸Mengurangkan tekanan & keletihan. 
🌸Mengekalkan tenaga. 
🌸Menghindarkan bau badan dan peluh berbau. 
🌸Memperbaiki tekstur kulit. 
🌸Mengurangkan dehidrasi 
🌸Mengembalikan kebersihan kulit daripada kotoran dan sel mati mendap dalam liang pori-pori. 
🌸Mengembalikan warna kulit supaya sekata. 
🌸Menghilangkan warna kulit berbelang. 
🌸Mengembalikan seri kulit kusam akibat peningkatan umur dan pancaran matahari. 
🌸Menjadikan kulit sentiasa lembut dan lembap. 
🌸Menjadikan kulit sentiasa tegang dan tidak berkedut.

Body Scrub Qyiena Beauty & Spa
best kan? rasa macam nak ber Spa sekarang tak? Jom booking slot dengan kami 📲 whatsap 0163620553 kami datang ke rumah anda 🏡🏡🏡🚙🚙🚙#QyienaHomeSpa #Homespa #homespamelaka#Spabergerak#spadeliverytou #areamelaka #melaka #singlepakage #facial#pakagejimat #murahsahaja #murahgila #murahmurah #alhamdulillah#syukur #custemer #melaka #melaka #melaka

01 September 2016

5 PERKARA YANG BERLAKU BILA ANDA TIDUR DENGAN WAJAH BERMEKAP



Penat atau malas, itu dua alasan yang mungkin selalu digunakan oleh mana-mana perempuan yang selalu tertidur dengan mekap masih di muka. . Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek? Percayalah tiada satu pun manfaat selain anda rasa anda tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Meh baca apa akan terjadi..

==> KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT
Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.

==> BAKTERIA TERPERANGKAP
Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam..

==> IRITASI MATA
Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul.

==> BULU MATA GUGUR
Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…! 

==> BIBIR KERING & PECAH-PECAH
Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering. #Tipskecantikan #Tipsqyienabeautyspa#Qyienabeautyspabergerak